SAN FRANCISCO, 12 MAC – Syarikat teknologi Waymo akan mula menawarkan perkhidmatan robotaxi kepada pengguna program Waymo One di kawasan Mountain View, Los Altos, Palo Alto dan sebahagian Sunnyvale bermula hari ini.
Perkhidmatan itu meningkatkan liputan Waymo di Lembah Silikon kepada 27 batu persegi, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan perkhidmatannya di San Francisco Bay Area kepada 82 batu persegi, menurut kenyataan syarikat itu kelmarin.
Minggu lalu, pengguna aplikasi Uber di Austin, Texas sudah boleh dipadankan dengan kenderaan Waymo. Perkhidmatan itu juga bakal diperluaskan ke Atlanta tahun ini, selain pelancaran di Miami melalui kerjasama dengan syarikat mobiliti Afrika, Moove. – Xinhua
