Thursday, January 30, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waymo uji teksi tanpa pemandu

    LOS ANGELES, 29 JAN – Syarikat kenderaan autonomi milik Alphabet, Waymo, kelmarin mengumumkan bahawa ia akan memulakan ujian terhadap armada robotaxi tanpa pemandu di rangkaian lebuh raya Los Angeles (LA), termasuk Interstate 10, 110, 405, dan 90.

    Menurut kenyataan Waymo, robotaxi tersebut akan beroperasi tanpa operator keselamatan manusia di tempat duduk pemandu.

    Laporan TechCrunch menyatakan bahawa Waymo akan menggunakan pendekatan berperingkat seperti yang telah dilaksanakan di wilayah lain.

    Ujian itu akan bermula dengan memberikan akses kepada kakitangan syarikat sahaja untuk menggunakan kenderaan tanpa pemandu di lebuh raya LA sebelum perkhidmatan itu dibuka kepada orang awam.

    Waymo mula mewujudkan kehadirannya di LA sejak 2019. Pada 2022, syarikat itu mengumumkan bahawa LA akan menjadi salah satu pasaran komersial seterusnya selepas Phoenix dan San Francisco.

    Pada Mac 2024, Waymo memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Utiliti Awam California untuk menjalankan perkhidmatan robotaxi komersial di LA.

    Kelulusan itu turut merangkumi peluasan kawasan perkhidmatan di Bay Area, termasuk semenanjung San Francisco dan lebuh raya utama di bandar tersebut. – Xinhua

    Sebuah kenderaan autonomi Waymo berada di Steiner Street, San Francisco, pada 17 November 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda