Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wayne Rooney idam kerjaya pengurusan

    LONDON, 29 Jan – Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mendedahkan dia mahu menyertai pengurusan kelab selepas menggantung but.

    Pemain berusia 31 tahun itu, yang baru-baru ini mencipta rekod jaringan terbanyak United, sudah memiliki wang yang cukup banyak untuk bersara dan menghabiskan keseluruhan hidupnya dengan berehat, namun kapten England terlalu sayangkan sukan itu.

    “Keseluruhan hidup saya adalah di sekitar bola sepak dan ketika saya akan menamatkan karier, saya minat untuk cuba kekal dalam permainan dan saya harap dapat peluang untuk menjadi pengurus,” kata Rooney kepada BBC semalam.

    “Saya rasa apabila anda sudah sedikit tua anda mula berfikir lebih sedikit mengenai permainan dan itu adalah sesuatu yang saya suka lakukan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda