Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Weah, Dest hidupkan kembali harapan AS

    LOS ANGELES, 14 OKT – Timothy Weah muncul sebagai wira apabila Amerika Syarikat (AS) bangkit untuk menewaskan Costa Rica 2-1 dan menghidupkan semula kempen kelayakan Piala Dunia 2022 semalam.

    Weah, yang bermain untuk juara Perancis Lille, dikerah dalam barisan skuad AS sejurus sebelum sepak mula selepas pemain DC United Chris Ariola mengalami kecederaan semasa sesi memanaskan badan.

    Pemain berusia 21 tahun dan anak lelaki ikon bola sepak Liberia George Weah, tonggak dalam kemenangan gol AS, menerima hantaran daripada pemain sayap Barcelona Sergino Dest dan meledakkan gol melepasi penjaga gol Costa Rica Leonel Moreira.

    Weah mengesahkan kemenangan pada minit ke-66 dengan jaringan gol kedua. Ia melengkapkan kepulangan sewajarnya untuk pasukan muda pimpinan jurulatih AS Gregg Berhalter, yang kembali bersemangat setelah ketinggalan di belakang dalam minit pertama dari Keysher Fuller sebelum gol penyamaan Dest pada minit ke-25.

    Kemenangan di Columbus, Ohio, memberikan AS 11 mata dari enam perlawanan, tiga di belakang Mexico dan selepas kemenangan El Tri 2-0 ke atas El Salvador di San Salvador.

    “Pasukan AS bekerjasama secara padu dan saya berasa amat gembira dengan persembahan mereka selepas memberikan peluang kepada pihak lawan yang menjaringkan gol dalam minit pertama,” kata kapten AS Tyler Adams.

    AS akan berusaha mengembangkan kemenangan tersebut apabila mereka menjadi hos kepada Mexico pada 12 November.

    Mexico mengekalkan pendahuluan mereka dalam kumpulan kelayakan final lapan negara dengan kemenangan ke atas El Salvador dalam pertarungan sengit yang menyaksikan kedua-dua pasukan dikurangkan kepada 10 pemain dalam separuh masa kedua. – AFP

    Aksi Ronald Matarrita (kiri) mengawal bola daripada Tim Weah semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia di Lower Field di Columbus, Ohio pada 13 Oktober 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda