Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Weah sedia beraksi di pentas Piala Dunia

    CINCINNATI, 1 JUN – Timothy Weah, seorang pemain bola sepak yang berazam untuk membanggakan bapanya yang juga adalah seorang pemain bola sepak terkenal dan ingin membuktikan menerusi penglibatannya bahawa dia akan memimpin Amerika Syarikat (AS) mencatat kecemerlangan pada aksi Piala Dunia di Qatar nanti.

    George, bapa kepada pemain penyerang AS tersebut, adalah salah seorang warga Afrika yang pernah memenangi Ballon d’Or, dianggap sebagai pemain terhebat yang tidak pernah bermain di Piala Dunia.

    Oleh itu, dengan kemunculan Timothy sebagai pemain utama dalam kesebelasan AS, yang termasuk dalam rancangan jurulatih AS, Gregg Berhalter mengatakan bahawa bekas penyerang AC Milan dan Presiden Liberia tersebut sekurang-kurangnya dapat menggambarkan fantasi bermain di pentas Piala Dunia melalui anaknya.

    Pemain bintang Lille, Timothy Weah mengongsikan bahawa perlawanan tersebut akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, katanya kepada AFP sebelum perlawanan persahabatan menentang Maghribi di Cincinnati, yang berlangsung pada hari ini.

    Pemain berusia 22 tahun tersebut menambah lagi bahawa perkara yang selalu bermain di dalam fikirannya sejak kecil lagi adalah melayakkan diri untuk perlawanan Piala Dunia, dan akhirnya tercapai. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Timothy Weah semasa meraikan jaringan gol pertama dalam perlawanan Ligue 1 antara Lille dan Rennes, pada 21 Mei 2022.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...