Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Webinar bincang faedah pengantaraan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Dengan matlamat bagi meningkatkan pengetahuan berkonsepkan pengantaraan secara menyeluruh, Damai Mediation dengan kerjasama Brunei Darussalam Arbitration Centre (BDAC) telah menganjurkan webinar bertajuk Let’s Talk about Mediation, baru-baru ini.

    Webinar yang diadakan dengan sokongan LZ Hussain & Co Advocates and Solicitors, Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) dan The Asian Law Students Association (ALSA) itu telah disampaikan oleh dua orang pengantara bertauliah Damai Mediation, Owen Hearty dan Carly Stewart yang secara umumnya memberi gambaran keseluruhan mengenai faedah dan proses pengantaraan.

    Damai Mediation adalah amalan penyelesaian perbalahan alternatif pertama yang berdaftar di negara ini di bawah kepimpinan pengasasnya, Dayang Lailatul Zubaidah Hussain, juga selaku pengetua.

    Sesi webinar yang disambut baik oleh para peserta bertujuan menambah kesedaran tentang faedah pengantaraan sekali gus menggalakkan penggunaan pengantaraan yang meluas sebagai mekanisme penyelesaian perbalahan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda