BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Baiduri Capital, malam tadi, telah mengadakan webinar bersama Lion Global Investors (LGI) yang melihat peluang-peluang pelaburan dalam pasaran Singapura dengan tajuk ‘Ekuiti SG: Titik Peralihan Sekali dalam Sedekad’.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Baiduri Capital, webinar berkenaan dikendalikan oleh Pengurus Portfolio, Akuiti Asia di LGI, Kenneth Ong yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam industri kewangan.
Pada masa ini, beliau bertanggungjawab bagi pasaran Singapura dalam pasukan ekuiti Asia dan ASEAN di LGI dan sebelumnya merupakan pakar bagi Indonesia.
Dalam webinar itu, Kenneth Ong menyatakan bahwa dalam sedekad kebelakangan, pasaran ekuiti Singapura berprestasi rendah di rantau Asia tetapi kini mencapai titik peralihan positif sekali dalam sedekad.
Beliau percaya bahawa peralihan luar biasa ini memberikan peluang berharga kepada para pelabur untuk mendapatkan pendedahan ke dalam pasaran ekuiti Singapura.

Semasa webinar itu, beliau memberikan gambar mengenai kitaran pertumbuhan pasaran Singapura dari 1990 hingga 2020, sebelum meneroka pelbagai sebab pasaran boleh bangkit daripada tahap krisis seperti peralihan struktur dalam penumpuan teknologi dan permintaan bagi in-frastruktur-infrastruktur lebih hijau.
Sebab-sebab ini, di samping bagaimana pasaran Singapura menawarkan salah satu daripada hasil dividen paling tinggi walaupun dalam kalangan ekonomi-ekonomi paling membangun di dunia.
Mengulas mengenai webinar itu, Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon menyentuh bagaimana ekonomi Singapura yang mantap telah berjaya melalui krisis kewangan 1997 dan 2008 malah semasa pandemik global pada masa ini kekal menjadi hab
kewangan penting di rantau Asia Pasifik.
“Ekonomi Singapura adalah salah satu yang paling stabil di dunia dan walaupun dengan situasi pandemik pada masa ini, perhatian besar dan sumber-sumber telah diperuntukan kepada pelaburan jangka panjang dalam infrastruktur negara itu, peningkatan kemahiran tenaga kerjanya dan pendigitalan untuk negara itu kekal sebagai hab global bagi perniagaan, perdagangan dan kewangan,” tambah beliau.