Webinar tingkat kesedaran kesihatan mental

Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar serahan YSEALI

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Projek YSEALI Sharing A Vision (SAV) adalah projek di bawah Inisiatif Pemimpin-pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) yang dikendalikan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk memperkukuhkan pengembangan dan jaringan kepemimpinan di Asia Tenggara.

YSEALI SAV adalah projek yang bertujuan untuk menjadi platform bagi mengundang para pemimpin dari pelbagai industri di seluruh Asia Tenggara untuk berkongsi pengalaman.

Projek tersebut terbahagi kepada dua bahagian yang terdiri daripada Siri Sharing A Vision-Connect (siri SAV-C) dengan format dalam talian di mana penceramah dijemput untuk berkongsi pengetahuan mereka mengenai setiap industri, termasuk keadaan, cabaran dan trend semasa.

Manakala, Siri Sharing A Vision: Exploration (Siri SAV-E) pula, adalah aktiviti langsung di mana para peserta dijemput untuk memerhatikan setiap industri pada setiap hari.

Pada 6 Disember 2020, SAV menganjurkan webinar SAV-Connect pertamanya dengan tema Working on Women, yang mana Kedutaan AS di Negara Brunei Darussalam telah menaja sepanjang webinar, dengan fokus kesan pada wanita.

Gambar fail sebelum gelombang kedua COVID-19 menunjukkan peserta YSEALI melakukan aktiviti semasa lawatan SAV-Exploration. YSEALI adalah platform bagi para pemimpin di seluruh Asia Tenggara untuk berkongsi pengalaman. – Gambar serahan YSEALI
YSEALI diadakan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan pemimpin-pemimpin muda mengenai industri, termasuk keadaan, cabaran dan trend semasa.
Antara peserta yang pernah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dari projek YSEALI.

Untuk lawatan SAV-Exploration yang pertama, ia diadakan di Eco Ponies Garden, Daerah Tutong, dengan topik Kesan COVID-19 terhadap Wanita dalam Industri Pelancongan.

Sejak itu, YSEALI SAV telah menganjurkan pelbagai webinar yang merangkumi topik seperti keusahawanan, pendidikan, persekitaran, wanita dan kesihatan mental.

Projek itu berakhir pada minggu lalu dengan satu webinar dan bengkel maya terakhir yang dihadiri oleh Pengarah Cope for Hope Brunei, Mizi Rahman dan Surah Azlan serta pengasas bersama Recipes for Wellbeing di Itali, Greta Rossi yang telah menyampaikan webinar mengenai Kesedaran Kesihatan Mental Semasa COVID-19.

Tujuan webinar itu adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, kesan pandemik dan amalan terbaik.

Projek berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan AS di Bandar Seri Begawan kerana menaja dan menyokong projek itu serta penghargaan khas juga turut ditujukan kepada penceramah, fasilitator, peserta undangan tempatan dan antarabangsa atas sokongan mereka terhadap projek itu dan ahli jawatankuasa penganjur iaitu Ketua Projek, Afiq Mohammed; Ketua SAV-Connect, Pincha Rutchatawuttipong; Ketua Bersama SAV-Exploration, Aziemah Daud dan Hizaam Haris; dari pemasaran dan teknikal, Azim Said dan Ketua Kreatif, Hanif Alimin Shah.