Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    WeCare sambut ulang tahun penubuhan ke-5

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-5, persatuan kemanusiaan yang dikendalikan oleh para belia tempatan WeCare telah mengadakan majlis Doa Kesyukuran dan forum khas secara dalam talian dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Majlis dihadiri oleh seramai 75 orang ahli dan para jemputan khas termasuk para pengarah, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di KKBS.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari, Presiden WeCare, Awang Muhammad Samira Razin bin Abdullah Sambut dan Naib Presiden WeCare, Dayang Siti Nurazimah binti Haji Hashim.

    Dayang Siti Nurazimah dalam ucapan alu-aluannya menyentuh mengenai sejarah penubuhan WeCare pada 2016 serta perjalanan dan cabaran yang dihadapi untuk mencapai ke tahap ini, di mana WeCare telah diketahui oleh ramai rakyat Brunei dan di luar negara.

    Beliau berkata, “Dalam beberapa tahun ini, persatuan WeCare telah berjaya melaksanakan 30 buah projek di dalam dan luar negara.

    “Sumbangan orang ramai melalui persatuan ini sudah merentasi enam buah negara termasuk Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Bangladesh, Palestin, Syria dan Lubnan di mana dianggarkan lebih 20,000 keluarga telah menerima pelbagai bentuk sumbangan seperti barang asasi, tempat tinggal tetap mahupun sementara, telaga air, pek pelajaran, baju sejuk, dan keperluan hospital,” tambah beliau.

    Majlis diteruskan dengan persembahan puisi diikuti dengan tayangan video mengenai penubuhan WeCare dan projek-projek yang telah dijalankan.

    Seterusnya, majlis menyaksikan forum khas bertajuk ‘Kesan Rama-rama Bantuan Kemanusiaan; Betapa kecilnya tindakan kemanusiaan boleh membawa kepada perubahan yang lebih besar’.

    Ahli-ahli panel terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Pegawai Projek WeCare, Dayang Bibi Rahimah binti Abdul Basheer.

    Antara yang hadir pada majlis yang diadakan secara maya berkenaan. – Gambar serahan WeCare
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...