Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

    KUALA LUMPUR, 21 FEB – Selepas 20 tahun dalam sukan skuasy,  bintang skuasy wanita Malaysia, Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi.

    Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33 tahun itu melalui  hantaran di Facebook rasminya.

    “Hari ini sememangnya tidak dapat dielakkan tetapi banyak yang telah saya tempuhi sepanjang perjalanan ini! Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang menyokong saya, penaja saya dan semua orang di sepanjang karier. Sokongan yang tidak berbelah bahagi yang saya terima telah menjadi pendorong di sebalik perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini.

    “Walaupun episod ini berakhir, minat saya dalam sukan ini terus kekal dan akan terus memberikan inspirasi kepada insan lain. Inilah permulaan baharu, perjalanan baharu yang penuh dorongan, keazaman dan motivasi. Saya teruja dengan peluang yang ada di hadapan. Terima kasih semua kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini! Saya sangat-sangat bersyukur,” katanya.

    Sebelum ini, bekas pemain nombor lima dunia itu pernah menyatakan hasrat untuk bersara selepas bergelut mencapai prestasi terbaik susulan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) di lutut kirinya.

    Wee Wern pernah mencapai kemuncak dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dengan menjadi pemain Malaysia kedua dalam sejarah selepas legenda skuasy, Datuk Nicol David yang memecahkan kedudukan lima teratas.

    Beliau dalam masa sama pernah membantu kem skuasy Malaysia meraih emas acara berpasukan masing-masing pada Sukan Asia 2010 (Guangzhou) dan 2014 (Incheon). – Bernama

    Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...