Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Weekend husband’ antara alasan ditolak

    KUANTAN, 20 OKT – Permohonan daripada individu yang mendakwa ‘weekend husband’ (suami hujung minggu) untuk rentas negeri ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah antara yang ditolak oleh polis sejak kawasan terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 14 Oktober lepas.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata bagi tempoh itu hingga sekarang, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan rentas negeri daripada mereka yang menetap di daerah ini dengan 830 diluluskan.

    “Kira-kira 300 hingga 350 permohonan ditolak kerana alasan diberikan tidak cukup kuat atau tiada dokumen sokongan. Sebagai contoh, alasan dirinya adalah ‘weekend husband’ dengan keluarga berada di kawasan yang diwartakan PKPB,” katanya ketika Program Ziarah Prihatin dan Pemantauan Prosedur SOP COVID-19 di sini hari ini.  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda