Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Weekend Thrift Market promosi 3R

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 26 JULAI – Bagi mempromosikan lagi amalan 3R iaitu kurangkan, guna semula dan kitar semula, RECOVER dan Green Depot menjalankan aktiviti dua hari di cawangannya di Daerah Belait sebagai sebahagian daripada Weekend Thrift Market yang telah bermula kelmarin.

    Aktiviti jualan itu menampilkan pelbagai barangan yang disumbangkan oleh orang ramai, yang dikumpulkan dan dinilai oleh Green Depot. Barangan yang dinilai masih sesuai untuk digunakan semula bagi tujuan lain dijual semasa aktiviti berkenaan.

    Pegawai Projek di Green Depot, Dayang Fathin Khairunnisa binti Mat Japar ketika ditemui menjelaskan bahawa antara barangan yang dijual pada acara itu termasuk barangan terpakai seperti pakaian, peralatan dapur, buku-buku dan banyak lagi.

    Menurut beliau, kebanyakan barangan dibawa oleh pengunjung serta menerusi kempen sumbangan yang mereka jalankan sekali skala.

    Antara barangan terpakai yang dijual pada acara berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda