Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wegmans tawar hidangan susyi dengan ruangan luas

    NEW YORK – Penduduk New York berkumpul bagi menanti kehadiran sesuatu yang baharu di bandar raya terbesar AS itu – Kedai Runcit Wegmans. Kedai rantaian serantau yang terkenal itu secara rasminya telah membuka cawangan pertamanya di New York baru-baru ini di sebuah farmasi yang berukuran 74,000 kaki persegi di Brooklyn Navy Yard dan mempunyai lebih daripada 500 pekerja.

    Walaupun berdepan dengan hari hujan, namun orang ramai masih beratur untuk melihat tawaran dan 50,000 pilihan barangan yang disediakan oleh syarikat itu. Selain barangan runcit, kedai ini turut menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk hidangan susyi, piza dan hidangan bufet serta pelbagai jenis minuman di kafe yang disediakan.

    Cawangan terbaharu di Brooklyn itu merupakan kedai yang ke-101 bagi jenama Wegmans, yang diasaskan lebih dari satu abad yang lalu di Rochester, New York dan masih dimiliki oleh keluarga Wegmans. Sekurang-kurangnya seorang dari penduduk Brooklyn gembira dengan kehadiran kedai tersebut di bandar raya tersebut.

    “Ia merupakan sebuah pasaraya yang luar biasa, bersih, cantik namun sangat mahal malah cara mereka melayan pekerja adalah baik dan saya tidak sabar untuk berkunjung ke kedai tersebut,” kata Senator, Charles Schumer.

    Navy Yard boleh dikunjungi dengan beberapa cara pengangkutan, termasuk kereta api bawah tanah dan feri serta mempunyai ruang letak kereta bagi pemandu yang ingin meletakkan kereta mereka. Terdapat perancangan untuk kedai tersebut mengadakan perkhidmatan penghantaran runcit yang ditawarkan di bandar raya itu pada akhir bulan yang lalu.

    Wegmans mempunyai lebih daripada 40 buah kedai di beberapa bahagian yang lain di New York serta beberapa lokasi di New Jersey, Pennsylvania, Massachusetts, Virginia, Maryland dan North Carolina. Sebuah lagi kedai sedang dalam perancangan untuk dibuka di Westchester County. – AP

    Kedai rantaian serantau yang terkenal itu secara rasminya telah membuka cawangan pertamanya di New York baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda