Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wei Chong-Kai Wun mara ke pusingan ketiga

    KUALA LUMPUR, 27 OGOS – Beregu lelaki Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Christo dan Toma Junior Popov.

    Bagaimanapun, Wei Chong-Kai Wun yang mendapat ‘bye’ di pusingan pertama, dipaksa bekerja keras sebelum menundukan pasangan adik-beradik itu, 21-15, 13-21, 21-19 dalam masa 65 minit pada pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di Adidas Arena.

    Pasangan pilihan ketujuh itu akan bertemu beregu England, Ben Lane-Sean Vendy pada perlawanan seterusnya. Lane-Vendy menempah tiket ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, 21-18, 21-16. – Bernama

    Man Wei Chong dan Tee Kai Wun memulangkan bulu tangkis kepada Christo Popov dan Toma Junior Popov di Kejohanan Dunia BWF Badminton di Adidas Arena, Paris, pada 26 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda