Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wenger belum mengaku kalah

    LONDON, 17 Mei – Arsene Wenger menegaskan Arsenal masih boleh menghidupkan musim bergolak mereka dengan mengetepikan kesukaran untuk merebut tempat ke dalam persaingan Liga Juara-Juara pada hari terakhir.

    Pasukan Wenger terus menghidupkan harapan samar kelayakan dalam persaingan kelab elit Eropah ketika Alexis Sanchez menjaringkan dua gol bagi kemenangan 2-0 ke atas Sunderland yang tersingkir semalam.

    Kemenangan Gunners bagi kali keenam dalam tujuh perlawanan lalu memastikan mereka berada di tangga kelima, satu mata di belakang Liverpool yang berada di tangga keempat dan ketinggalan tiga mata di belakang Manchester City di tangga ketiga.

    Bagi Arsenal untuk menghindarkan terkeluar dari Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, mereka perlu menewaskan Everton di gelanggang sendiri Ahad ini sambil berharap bagi kekalahan sama ada Liverpool atau City.

    Jika Liverpool menewaskan Middlesbrough dan City menghindarkan kekalahan di Watford, jadi Arsenal akan beraksi dalam persaingan Liga Europa, tetapi Wenger belum mahu berputus asa.

    Wenger bercakap sesuatu kepada Sanchez semasa menentang Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana, kelmarin. – AP
    Wenger bercakap sesuatu kepada Sanchez semasa menentang Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana, kelmarin. – AP

    “Kami mahu berada di sana, mari berikan diri kita setiap peluang yang ada,” katanya. “Jika anda hanya memiliki satu peratus peluang, anda masih perlu memberikan segala-galanya.

    “Saya rasa kami memiliki peluang yang bagus. Jika kami menang, kami tahu yang paling hampir adalah di belakang satu mata, jadi kita akan melihat apa yang akan berlaku.”

    Pada akhir musim ini yang hanya melihat untuk menggariskan bagaimana jauhnya Arsenal menurun sejak beberapa tahun, Wenger tahu penyingkiran dari empat pasukan teratas adalah kedudukan terakhir bagi sebahagian besar dari penyokong kelabnya yang merasa kecewa.

    Terdapat sebahagian kerusi kosong di Stadium Emirates semalam ketika peminat tidak hadir sebagai membantah kegagalan Wenger dan rasa malu menghabiskan malam pada malam Khamis lalu menuju destinasi yang tidak dikenali dalam Liga Europa.

    Wenger belum lagi mengesahkan jika dia akan kekal musim depan tetapi biarpun berdepan kesukaran, dia memilih untuk membalas pengkritik yang mengejek harga dirinya dalam membawa Arsenal ke dalam Liga Juara-Juara dalam tempoh 19 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda