Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wenger berang City ‘dimanjakan’

    MANCHESTER, 6 Nov – Arsene Wenger mengakui pendahulu Manchester City pasti ‘sukar dihentikan’ dalam usaha mereka menjulang Liga Perdana terutama jika mereka terus mendapat kelebihan daripada para pengadil.

    Pengurus Gunners itu menuduh penyerang City, Raheem Sterling sengaja merebahkan diri selepas dia memenangi penalti dalam kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Arsenal di Etihad semalam.

    Bos veteran dari Perancis itu naik angin dengan persembahan pengadil Michael Oliver yang menghadiahkan penalti dan satu gol yang diragui, yang menurut pengurus Arsenal itu sebagai ofsaid.

    “Saya percaya ia bukan penalti,” kata Wenger. “Kami tahu Sterling bagus menjatuhkan diri, dia melakukannya dengan baik.”

    Wenger naik angin dengan pengadil Michael Oliver yang dikatakan lebih memihak kepada City. – AFP

    “Dan gol ketiga adalah ofsaid. Saya sangat kecewa kerana perlawanan berada di kedudukan 2-1. Gol ketiga adalah pembunuh dan secara kebetulannya kesilapan kerap memihak kepada pasukan tuan rumah.

    “Malangnya perlawanan berakhir dengan cara ini. Saya kecewa. Anda boleh menerimanya jika City menang dengan cara biasa, mereka adalah pasukan hebat tetapi ini tidak dapat diterima.

    “Musim lepas kami tewas kepada dua gol ofsaid dan ia terjadi sekali lagi. City pasti sukar dihentikan.”

    City telah memenangi 10 perlawanan dan satu seri dalm 11 perlawanan liga musim ini, menimbulkan spekulasi bahawa mereka boleh mengikut jejak langkah Arsenal yang tanpa kalah sepanjang musim 2003/04 dalam jadual Liga Perdana. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda