Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wenger rai 21 tahun dengan kemenangan

    LONDON, 1 Okt – Arsene Wenger meraikan ulang tahun ke-21 ketibaannya di Arsenal dengan kemenangan apabila Gunners menewaskan Brighton 2-0 hari ini.

    Ada banyak sebab untuk penyokong Arsenal mengimbau kembali hari-hari sejak Wenger tiba di Arsenal, tetapi selepas beberapa tahun gagal mencapai matlamatnya, warga Perancis itu mendapati dirinya berjuang untuk mengubati imej yang tercalar. Ia masih awal untuk meramal sama ada Arsenal boleh menamatkan penantian selama 13 tahun untuk memenangi gelaran Liga Perdana di bawah kendalian Wenger, tetapi terdapat beberapa petanda baik ketika Brighton ditewaskan di Stadium Emirates.

    Nacho Monreal membuka jaringan di separuh masa pertama sebelum Alex Iwobi, menyudahkan hantaran Alexis Sanxhez, untuk memastikan tiga mata penuh selepas rehat. Kemenangan keenam Arsenal daripada tujuh perlawanan dalam semua persaingan melonjakkan mereka enam mata di belakang pendahulu Manchester City, memasuki rehat antarabangsa ini.

    Ia seiring dengan tarikh pencapaian Wenger dengan rekodnya tersendiri. Brighton adalah kelab Liga Perdana ke-45 yang ditewaskan Arsenal sejak Wenger mengambil alih pada tahun 1996, memecahkan rekod yang dikongsinya bersama legenda Manchester United, Alex Ferguson. – AFP

    Nacho Monreal (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Arsenal ketika menentang Brighton, yang berkesudahan Arsenal menang 2-0. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda