Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wenger terima teknologi VAR

    LONDON, 11 Jan – Pengurus Arsenal percaya bahawa penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam bola sepak Inggeris merupakan penerimaan yang baik selepas teknologi itu digunakan dalam saingan Piala Liga peringkat separuh akhir menentang Chelsea semalam.

    Skuad kendalian Wenger berdepan Chelsea di Stamford Bridge dan merupakan perlawanan kedua yang menggunakan teknologi VAR.

    Ia mula diperkenalkan pada Isnin lalu yang menyaksikan Brighton menewaskan Crystal Palace dalam pusingan ketiga Piala FA tetapi tidak digunakan sepenuhnya.

    Pengadil Martin Atkinson berunding dengan pengadil video Neil Swarbrick yang berada di bilik kawalan Liga Perdana, barat London berkenaan dengan dua permintaan sepakan penalti, satu untuk setiap pasukan tetapi keputusan tidak berubah.

    Wenger melintasi barisan media dan wartawan sebelum perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga menentang Chelsea awal pagi tadi. – AP

    “Terdapat dua insiden untuk mereka campur tangan. Insiden kedua agak ganjil, bola keluar untuk sepakan sudut dan mereka kembali kepada penalti,” kata Wenger.

    “Jika pengadil tidak pasti, kita boleh memberhentikan sahaja perlawanan itu.”

    Namun, teknologi VAR tidak digunakan dalam perlawanan separuh akhir pertama antara Manchester City dan Bristol City Selalu lalu.

    Kelab divisyen dua, Bristol tidak memiliki kelengkapan yang penuh untuk memasang VAR dalam perlawanan kedua dalam tempoh dua minggu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda