Thursday, February 9, 2023
22.8 C
Brunei

-

Wenger terus buru Mbappe

SYDNEY, 11 Julai – Arsene Wenger hari ini mengaku masih berminat memburu pemain muda terhangat Monaco, Kylian Mbappe ketika mengesahkan perpindahan rekod kelab selepas menandatangani Alexandre Lacazette yang akan membuat penampilan sulung pada aksi pra-musim di Australia.

Mbappe, 18, yang dilaporkan menjadi subjek tawaran rekod dunia dari Real Madrid dan Paris Saint-Germain juga dikaitkan dengan Man United. Bagaimanapun, Wenger berkata dia tetap ber-minat dengan bakat muda itu.

“Dia seorang pemain yang apabila bangun pagi, boleh memilih ke mana dia mahu pergi. Tidak ramai pemain mempunyai nasib seperti itu,” kata pemain veteran Perancis itu di Sydney, di mana Arsenal dalam jelajah pra-musim.

“Dia hanya 18 tahun dan semua Eropah menyediakan permaidani merah untuknya. Saya percaya tiada siapa tidak berminat dengan pemain seperti itu kerana dia mempunyai kualiti yang begitu besar dan semua kelab terbuka dan berminat dengannya.”

Wenger juga dikatakan berminat dengan rakan sepasukan Monaco Mbappe, Thomas Lemar sebagai sokongan kepada Lacazette, yang telah melengkapkan perpindahan dari Lyon ke Gunners minggu lalu dengan rekod perpindahan kelab yang boleh meningkat hingga 60 juta euro (AS$68 juta).

Mbappe menyertai latihan di La Turbie dekat Monaco, kelmarin. – AFP
Mbappe menyertai latihan di La Turbie dekat Monaco, kelmarin. – AFP

“Itu semua spekulasi buat masa ini. Tidak ada yang benar-benar konkrit mengenai pe-ngambilan pemain. Memanglah dia seorang pemain yang kami cari tetapi yang lain hanya spekulasi,” katanya.

Wenger yang berharap dapat menarik lebih ramai pemain ke Emirates sebelum musim baru bermula berkata: “Saya terbuka untuk mendapatkan lebih ramai pemain tetapi bukan mudah mencari pemain untuk memperkasakan skuad kerana kami ada pemain berkualiti tinggi,” katanya.

“Terdapat dua cara untuk memperbaiki skuad; menganalisis apa yang telah kami lakukan dengan baik tahun lalu dan apa yang kami tidak lakukan dengan baik serta memperbaikinya. Cara kedua adalah membawa beberapa pemain baru.

“Tetapi buat masa ini saya percaya kerana kami berada dalam pra-musim, sangat penting bagi kami untuk menganalisis apa yang berlaku tahun lalu dan di mana kita boleh memperbaiki skuad. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -