Werenski juara Kejohanan Barracuda

LOS ANGELES, 3 OGOS – Richy Werenski melakukan tiga pukulan birdie dan satu pukulan eagle dalam tujuh lubang terakhir untuk mengejar rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Troy Merritt dan menjuarai Kejohanan Barracuda yang merupakan kejuaraan PGA pertamanya.

Kejohanan kali ini sedikit berbeza kerana menggunakan sistem pemarkahan Modified Stableford yang memberikan mata bagi pukulan birdie, eagle dan semua mata di bawah par tetapi mata akan ditolak bagi pukulan bogey dan tiada pukulan di bawah par.

Merritt meraih 38 mata dengan pukulan birdie pada lubang 8 tetapi menghabiskan perlawanan dengan 10 pukulan par berturut-turut, ketinggalan dengan jarak 30 kaki untuk birdie dua mata pada lubang 18 yang akan memberikannya kemenangan.

Werenski mengakhiri perlawanan dengan pukulan birdie pada 5 di atas par 12 dan 4 di atas par 14, satu pukulan eagle pada 4 di atas par 16 dan satu pukulan birdie pada 18 untuk melengkapkan 11 mata, menjadikan dirinya sebagai juara dengan perbezaan 39-38.

“Ia sangat hebat,” kata Werenski.

Richy Werenski meraikan kemenangan setelah menjuarai Kejohanan Barracuda dan ini kejuaraan PGA pertamanya.- AFP

“Saya telah bermain dengan baik dalam beberapa bulan kebelakangan tetapi untuk memenangi kejuaraan ia adalah sangat hebat.

Ia membantu meningkatkan keyakinan saya.”

Pemain dari Austria, Matthias Schwab dan pemain Argentina, Fabian Gomez berkongsi di tempat ketiga dengan 37 mata selepas 72 lubang di padang golf Old Greenwood di Kelab Tahoe Mountain, California.

Werenski, yang kehilangan tempat dalam kelayakan kejuaraan Baraccuda 2017, berjaya melangkah ke Kejohanan PGA di TPC Harding Park, San Francisco, minggu depan.

Merritt dan Werenski kedua-duanya menempah tempat di Terbuka AS di Winged Foot, luar bandar New York, bulan depan. – AFP