LONDON, 10 JAN – Timo Werner kembali ke Liga Perdana kelmarin dengan pemain antarabangsa Jerman itu menyertai Tottenham secara pinjaman untuk baki musim ini dari RB Leipzig.
Pemain berusia 27 tahun itu, bergelut untuk menyinar selama dua tahun di Chelsea antara 2020 dan 2022 selepas perpindahan £45 juta.
Werner menjaringkan 23 gol dalam 89 penampilan, dan membantu The Blues menjulang Liga Juara-Juara pada 2021.
Bagaimanapun, kepulangannya untuk kali kedua di Leipzig juga jauh dari kejayaan kerana menjadi pemain lebihan di bawah kendalian Marco Rose.
Spurs memerlukan jentera serangan apabila kapten Son Heung-min pergi ke Piala Asia bulan depan.
Ivan Perisic, Manor Solomon dan James Maddison turut diketepikan akibat kecederaan.
“Banyak perkara menarik saya di sini,” kata Werner kepada saluran media dalaman Tottenham. – AFP
