Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Werner teruja kembali ke Leipzig

    BERLIN, 11 OGOS – Penyerang yang baru ditandatangani semula Leipzig, Timo Werner berkata bahawa pengurus Jerman, Hansi Flick mendorongnya untuk kembali ke RB Leipzig menjelang Piala Dunia Qatar November depan.

    Dalam sidang media pertama sejak kembali menyertai juara Piala Jerman, Werner berkata, dia berbincang perkara berkenaan dengan Flick sejak dia berada di Chelsea. Bekas pengurus Bayern Munich itu berkata dia memerlukan pemain yang menmpunyai rentak di Qatar selepas Werner kekurangan minit permainan di Chelsea.

    “Beliau (Flick) memberitahu saya perlu lakukan apa yang dirasakan selesa. Beliau merasakan idea untuk kembali ke Leipzig adalah satu keputusan yang terbaik,” kata Werner.

    Werner berkata, keinginan untuk beraksi di Qatar adalah punca utama dia kembali ke Bundesliga, selepas mengakui kurang mendapat minit permainan di Stamford Bridge.

    “Piala Dunia tidak selalunya hadir dalam karier seseorang pemain,” katanya.

    Dia memuji ‘kualiti hebat’ pasukan baharunya dengan memberitahu wartawan ‘ini adalah skuad terbaik yang pernah dimiliki Leipzig’.

    Werner dijangka akan disenaraikan dalam skuad untuk perlawanan Leipzig di tempat sendiri menentang Cologne pada petang Sabtu ini. – AFP

    Gambar fail menunjukkan penyerang Timo Werner mengejar bola semasa perlawanan Bundesliga di antara Leipzig dan Borussia Dortmund di Leipzig, timur Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda