LONDON, 29 Nov – West Bromwich Albion hari ini telah mengumumkan perlantikan Alan Pardew (gambar) sebagai pengurus baru mereka susulan pemecatan Tony Pulis ketika kelab yang dimiliki oleh pemilik dari China itu berusaha untuk menjauhi zon bahaya Liga Perdana.
Bekas bos West Ham, Newcastle dan Crystal Palace itu telah bersetuju bagi kontrak dua tahun setengah di kelab itu, yang hanya dua mata di atas zon penyingkiran.
Kelab itu telah memecat Pulis minggu lepas selepas tanpa kemenangan dalam 10 perlawanan liga, mangsa pengurusan kelima di liga teratas Inggeris musim ini.
Pardew, yang membawa Crystal Palace ke final Piala FA pada Mei 2016, belum mengendalikan kelab lain sejak dipecat oleh kelab Selhurst Park tujuh bulan selepas final itu.
“Saya teruja dengan peluang yang ditawarkan Albion dan tidak sabar untuk bekerja dengan pemain-pemain yang saya anggap sangat berbakat,” kata Pardew di laman sesawang rasmi kelab.
“Cabaran segera adalah mendapatkan keputusan yang membawa kami ke atas. Ia adalah peluang menarik untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini.” – AFP