BOURNEMOUTH, 24 APRIL — Harapan West Ham untuk terus bertahan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin meningkat dengan kekalahan 4-0 ke atas rakan seperjuangan di ambang zon penyingkiran, Bournemouth.
Kemenangan itu melonjakkan Hammers enam mata di hadapan zon penyingkiran sehingga ke tempat ke-13 dalam kedudukan liga.
Gol separuh masa pertama oleh Michail Antonio, Lucas Paqueta dan Declan Rice meletakkan pelawat di hadapan di Stadium Vitality dan pemain gantian, Pablo Fornals menambah gol keempat selepas rehat.
Antonio menjaringkan gol pembukaan pada minit kelima untuk gol ke-12nya musim ini daripada sepakan sudut Aaron Cresswell.
The Hammers menggandakan kelebihan gol lapan minit kemudian menerusi tandukan Paqueta.
Bournemouth melancarkan serangan balas, namun West Ham menjadikan kedudukan 3-0 dua minit sebelum rehat apabila Rice merembat masuk gol untuk menjadikannya gol berturut-turut minggu ini.
Gol keempat West Ham datang apabila Fornals kembali menyumbat hantaran lintang Jarrod Bowen pada minit ke-72.
Bournemouth berada lima mata di depan zon penyingkiran dan akan bertemu pasukan tercorot dalam liga, Southampton pada awal pagi Jumaat. – AP


