LONDON, 28 APRIL – West Ham, Brighton dan Arsenal telah membuka padang latihan mereka kepada pemain kelmarin dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris mengambil langkah ke potensi untuk kembali semula.
Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan ingin menyambung musim mereka pada 8 Jun tanpa kehadiran peminat disebabkan oleh pandemik koronavirus.
‘Projek sambung semula’ mungkin akan menyaksikan 20 buah pasukan EPL menyambung sesi latihan penuh pada 18 Mei, membenarkan pemain ‘pra-musim’ selama tiga minggu.
Ketua EPL, bakal mengadakan perjumpaan dengan kelab-kelab pada Jumaat nanti, dan komited untuk menghabiskan musim ini, dengan Liverpool kini hampir menjadi juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.
Brighton berkata dalam kenyataan kelmarin bahawa kelab akan membenarkan ‘akses terhad ke tempat latihan hanya untuk pemain utama sahaja, bagi latihan individu yang tidak dimestikan’.
“Pemain-pemain perlu menempah dan diberi slot ketibaan berperingkat, memperuntukkan kawasan mereka sendiri untuk berlatih dan dijangkakan mematuhi sepenuhnya peraturan penjarakan sosial semasa latihan, dan semasa tiba dan keluar dari kemudahan latihan,” tambahnya.
Jurucakap West Ham berkata pemain dalam apartmen atau tidak mempunyai akses selamat ke kawasan padang dibenarkan untuk memasuki padang latihan. – AFP