LONDON, 27 OGOS – West Ham United mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam semalam dengan kemenangan mengagumkan 3-1 ke atas Brighton.
Pasukan David Moyes merencatkan permulaan positif Brighton pada kempen liga apabila mendahului 3-0 sebelum Brighton menjaringkan gol sagu hati lewat permainan.
James Ward-Prowse meletakkan West Ham di hadapan pada separuh masa pertama selepas memanfaatkan hantaran belakang lawan yang lemah.
Jarrod Bowen dan Michail Antonio turut cemerlang menjaringkan gol kedua dan ketiga pada separuh masa kedua, sebelum Pascal Gross menjaringkan sagu hati lewat untuk pasukan tuan rumah, kata Xinhua.
Dalam satu lagi perlawanan, James Maddison membuka tirai jaringan buat Tottenham meneruskan permulaan tanpa kalah mereka di bawah bimbingan Ange Postecoglou dengan kemenangan 2-0 di tempat lawan ke atas Bournemouth.
Dejan Kulusevski menggandakan kelebihan Tottenham pada minit ke-63 selepas aksi menarik Son Heung-Min. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P23-WEB-West-Ham_28082023.jpg)