Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    West Ham ungguli Kumpulan H

    VIENNA, 26 NOV – Aksi mantap West Ham berjaya meletakkan mereka sebagai juara Kumpulan H dan mengesahkan tempat ke saingan 16 terbaik Liga Europa selepas melakarkan kemenangan 2-0 di Rapid Vienna.

    Perlawanan itu bagaimanapun berlangsung dalam stadium tertutup apabila Austria kembali mengenakan perintah berkurung di seluruh negara bagi menangani kes COVID-19 yang semakin meningkat.

    Andriy Yarmolenko meletakkan Hammers di depan pada minit ke-39 sebelum pemain Ukraine dihadiahkan sepakan penalti kerana dijatuhkan dalam kotak penalti. Kapten Mark Nobble berjaya menyempurnakan sepakan dalam masa kecederaan untuk gol kedua.

    Ia adalah gol pertama Yarmolenko untuk West Ham sejak Januari, selepas hanya beraksi 52 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Pengendali West Ham, David Moyes terpaksa menggilirkan pemain sebagai persediaan menghadapi Manchester City Ahad ini, tetapi ia tidak menghalang mereka untuk meneruskan rekod tanpa kalah di arena Eropah musim ini.

    “Misi berjaya. Kami melakukan tugas dengan baik malam ini dan sepanjang perlawanan peringkat kumpulan. Pujian harus diberikan kepada pemain biarpun kebanyakan mereka masih baharu di Eropah.

    “Saya tahu kami boleh melakukannya tapi malam ini kami tidak bermain dengan begitu baik seperti sebelum ini, tapi ia sudah mencukupi untuk bawa kami ke peringkat seterusnya,” kata Moyes. – AFP

    Aksi pemain West Ham Manuel Lanzini (kiri) berebut bola dengan Emanuel Aiwu semasa perlawanan Kumpulan H Liga Europa di antara West Ham dan Rapid Vienna pada 25 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda