Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Westbrook cipta rekod baharu NBA

    WASHINGTON, 30 MAC – Pemain Washington, Russell Westbrook dan pemain Brooklyn, James Harden memberikan aksi mengagumkan triple-double kelmarin, memberikan inspirasi kemenangan kepada kelab NBA masing-masing dan mencipta sejarah individu untuk diri mereka.

    Westbrook menjaringkan 35 mata, pencapaian terbaik kariernya dengan 21 assist dan 14 rebound untuk memacu Wizards menang ke atas pasukan pelawat, Indiana Pacers 132-124 untuk triple-double ke-162 dalam kariernya.

    Ia merupakan triple-double pertama dalam sejarah NBA dengan 35 atau lebih mata dan 20 atau lebih rebound. Hanya Magic Johnson dan Oscar Robertson sebelum ini mempamerkan aksi triple-double dengan 30 mata, 20 rebound dan 10 assist.

    “Saya mengambil peranan sebagai pemimpin dalam menjadikan rakan pasukan lebih baik. Malam ini mereka banyak membantu saya untuk membuat percubaan dan terus bergerak,” kata Westbrook.

    Ia merupakan aksi triple-double Westbrook bersama Wizards, pemain Amerika Syarikat berusia 32 tahun mencipta sejarah kelab dengan hanya penampilan ke-38 bersama Washington.

    “Pemikiran kami adalah untuk keluar dan menjadi agresif dan memastikan saya memberi sumbangan kepada rakan sepasukan sama seperti apa yang saya lakukan sepanjang tahun serta memastikan mereka merasa yakin memasuki suku keempat,” kata Westbrook.

    “Ketika suku keempat bermula, itulah masanya untuk mengambil alih perlawanan.”

    Pemain kelahiran Jepun, Rui Hachimura menambah 26 mata ketika Wizards (17-28) mempunyai penjaring angka enam berganda sementara Domantas Sabonis mengetuai jaringan terbanyak Pacers dengan 35 mata dan 11 rebound.

    Sementara itu di New York, Harden menjaringkan 38 mata, 13 assist dan 11 rebound, manakala Kyrie Irving menambah 27 mata dalam keputusan ketika Nets menewaskan pasukan lawannya 112-107. – AFP

    Aksi Russell Westbrook cuba menjaringkan mata buat pasukan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda