Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Westbrook cipta ‘triple-double’ ke-30

    LOS ANGELES, 1 Mac – Russell Westbrook menghasilkan ‘triple-double’ ke-30 musim ini ketika pasukan Oklahoma City Thunder mengetepikan Utah Jazz 109-106 semalam.

    Westbrook sekarang berada di kedudukan ketiga dalam senarai pemain sepanjang masa yang paling banyak menghasilkan ‘triple-double’ dalam semusim, ketinggalan satu ‘triple-double’ daripada Wilt Chamberlain yang menamatkan dengan 31 dalam musim 1973-74.

    Rekod itu masih lagi dipegang oleh Oscar Robertson dengan 41 pada tahun 1961-62, rekod yang mungkin dicapai oleh Westbrook dengan Thunder memiliki baki 22 perlawanan dalam musim biasa.

    Semalam pemain itu mencatatkan 43 mata, 11 ‘rebound’ dan 10 asis dalam kemenangan sukar ke atas Utah di Chespeake Energy Arena. Ia adalah kali kelapan Westbrook mencatatkan 40 mata sambil mencatatkan ‘triple-double’ dan kali kedua dia mencapainya dalam tempoh dua perlawanan.

    “Saya cuba untuk meletakkan diri saya dalam kedudukan di mana saya tidak merasa cemas, saya sudah berada di sana sebelum ini,” kata Westbrook, pemain penting dalam peringkat akhir bagi Thunder.

    Bintang Oklahoma City Thunder, Russel Westbrook (0) cuba melepasi kawalan George Hill (3) dari Utah Jazz dalam separuh masa pertama aksi NBA di Oklahoma City. – AP
    Bintang Oklahoma City Thunder, Russel Westbrook (0) cuba melepasi kawalan George Hill (3) dari Utah Jazz dalam separuh masa pertama aksi NBA di Oklahoma City. – AP

    “Sebagai ketua, ia adalah tugas saya untuk memastikan pasukan saya berada dalam keadaan tenang. Ia apa yang cuba saya lakukan, memastikan semua orang fokus dan menumpukan bagi melaksanakan.

    “Selama beberapa tahun, ia adalah masalah kami, mampu untuk melaksanakannya dan mendapatkan jaringan yang kami mahukan. Tetapi saya rasa ia adalah sebahagian dari tugasan saya untuk memastikan kami melakukannya.”

    Westbrook menerima sokongan kuat daripada Doug McDermott, yang menamatkan dengan 16 mata, sementara Enes Kanter diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan 15 mata dengan sembilan ‘rebound’.

    “Mereka memudahkan tugas saya,” kata Westbrook mengenai rakan sepasukannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda