MIAMI, 30 Mac – Russell Westbrook menghasilkan 57 mata ‘triple-double’ untuk melangkah lebih dekat bagi melakar sejarah ketika pasukan Oklahoma City Thunder mencatatkan kemenangan ke atas Orlando Magic semalam.
Westbrook menamatkan dengan 57 mata, 13 ‘rebound’ dan 11 asis ketika Thunder mencatatkan kemenangan 114-106 pada masa tambahan di Amway Center, Orlando.
Ia adalah ‘triple-double’ keempat Westbrook dan ke-38 bagi musim cemerlangnya.
Pemain yang berusia 28 tahun itu hanya ketinggalan sahaja untuk menyamakan rekod ‘triple-double’ NBA yang dicatatkan Oscar Robertson dalam semusim.
Kemenangan itu membantu Thunder untuk memperbaiki kedudukan 43-3,1 sementara Magic sekarang berada di kedudukan 27-48 selepas kekalahan kedua berturut –turut.

Evan Fournier menerajui jaringan bagi pasukan Magic dengan 24 mata sementara Nikola Vucevic menghasilkan 11 mata dan 16 ‘rebound’. Terrence Ross menambah 23 mata dan menghasilkan lima dari 11 percubaan 3 mata.
Westbrook sementara itu menerima bantuan daripada Enes Kanter dengan 17 mata dan Victor Oladipo, menghasilkan 13 mata.
Tumpuan terhadap permainan Westbrook jelas menarik dengan jaringan yang menyaksikannya menjaringkan 19 mata pada enam minit terakhir masa biasa, menghasilkan ‘three-pointer’ dengan perlawanan hanya berbaki tujuh saat untuk mengheret persaingan ke masa tambahan.
Oladipo kemudian menghasilkan ‘three-pointer’ pada awal masa tambahan bagi pendahuluan 107-105 dan Thunder mempertahankan pendahuluan bagi mencatatkan kemenangan. – AFP