NEW YORK, 27 Jun – Russell Westbrook dari Oklahoma City yang menjadi pemain kedua dalam sejarah NBA untuk meraih purata triple double bagi keseluruhan musim dipilih sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) NBA semalam pada rancangan sulung Anugerah NBA.
Westbrook mengatasi rakan finalisnya James Harden dari Houston dan Kawhi Leonard dari San Antonio untuk meraih anugerah MVP buat pertama kali pada majlis yang diadakan di New York.
Pemain guard berusia 28 tahun itu yang telah membantu pasukan Amerika memenangi pingat emas Olimpik London 2012 meraih purata 31.6 serta 10.7 rebound dan 10.4 assists yang menyamai rekod Oscar Robertson pada tahun 1962 dengan dua angka dalam tiga kategori statistik bagi musim penuh.
“Kepada semua di Oklahoma City yang telah membantu saya keluar setiap malam dan bersaing pada peringkat tertinggi, saya berterima kasih untuk itu,” kata Westbrook, yang telah menjemput rakan sepasukan naik ke pentas bersamanya.
“Musim ini sangat mengagumkan bagi saya tetapi tanpa rakan-rakan, ini semua itu tidak akan dicapai. Anugerah ini bukan untuk saya, ia untuk kita semua.”

Westbrook berterima kasih kepada “semua peminat saya di seluruh dunia yang menghargai saya,” dan menangis ketika dia berterima kasih kepada isteri dan ibu bapanya.
“Saya tidak boleh melakukan ini tanpa kamu,” katanya. “Kata-kata terima kasih ini tidak mencukupi.”
Westbrook juga memenangi anugerah bagi gaya terbaik dan daripada peminat-peminat bagi pemenang permainan sepanjang tahun.
Bintang Greek Giannis Antetokounmpo dari Milwaukee Bucks telah memenangi anugerah Pemain Paling Berprestasi Terbaik, mengatasi Gobert dan pemain penyerang Serbia Nikola Jokic dari Denver Nuggets.
Seorang lagi pemain Bucks yang menonjol, pemain guard Milwaukee, Malcolm Brogdon telah memenangi anugerah Pemain Baru Terbaik dan berterima kasih kepada rakan sepasukannya.
“Mereka percaya dengan saya,” ujarnya. “Mereka telah memberikan saya peluang yang begitu hebat. Ini adalah bukti kepada mereka yang terlepas perhatian. Kamu boleh mencapai impian kamu jika kamu mempunyai keyakinan dan kamu berkorban.” – AFP