LOS ANGELES – Kumpulan muzik lelaki Ireland, Westlife, akan mengadakan persembahan pertama mereka di Amerika Utara dalam sejarah lebih 20 tahun berada dalam industri hiburan.
Westlife telah menjual lebih daripada 55 juta rekod, menerbitkan 36 album nombor satu, dan mencatatkan lebih daripada satu bilion penstriman di YouTube.Sekarang mereka akan mengadakan konsert jelajah ke beberapa bandar utama di Amerika Syarikat dan Kanada sekitar Hari St. Patrick pada tahun depan.
Walaupun konsert jelajah itu singkat, ia telah dinantikan sejak sekian lama. Westlife akan memulakan jelajah Amerika Utara selama empat hari iaitu pada 13 Mac, di Meridian Hall, Toronto, diikuti oleh MGM Music Hall di Fenway, Boston pada 14 Mac, Radio City Music Hall yang terkenal di New York City pada 16 Mac, dan penutup jelajah di Chicago Theatre pada 18 Mac.
Menurut kenyataan akhbar, konsert ini akan mengetengah lagu daripada album mereka yang popular termasuklah Swear It Again, Flying Without Wings, World Of Our Own, My Love, If I Let You Go dan Hello My Love.
Westlife mula muncul dalam arena muzik pop pada akhir tahun 1990an dan awal 2000an, ketika kebanyakan penduduk Amerika Utara menggemari dua kumpulan muzik lelaki yang mana Westlife turut mengadakan konsert untuk mereka dan NSYNC.
Westlife diletakkan di bawah pengurusan Louis Walsh, yang pada masa itu dikenali sebagai ‘mastermind’ di sebalik kumpulan Boyzone, kumpulan yang diciptakan untuk menjadi versi Ireland bagi kumpulan terkenal dari England, Take That.
Kemudian, Walsh menjadi seorang juri dalam rancangan The X Factor UK, di mana beliau membantu melatih seorang penyanyi Ireland dan empat lagi penyanyi British berbakat besar untuk menjadi kumpulan muzik lelaki kontemporari pertama dari kepulauan British yang berjaya di AS: One Direction. – AP