Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Westlife kembali bergabung

    KUMPULAN pop terkenal Westlife dilaporkan bakal kembali bergabung selepas kali terakhir mengadakan persembahan bersama sekitar enam tahun lalu.

    Menurut laporan Irish Sun, kumpulan itu sudah pun menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music Group dan sedang dalam proses merakamkan album terbaharu mereka.

    Bagaimanapun, Brian McFadden yang meninggalkan kumpulan itu pada 2004 tidak akan bersama-sama untuk penyatuan semula itu.

    Westlife dianggotai oleh Shane Filan, Markus Feehily, Nicky Byrne dan Kian Egan.

    Dalam pada itu, penyanyi Ed Sheeran dilaporkan menyumbangkan lagu untuk single terbaharu Westlife yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

    Selain album baharu, kumpulan itu juga akan mengadakan konsert jelajah termasuk di Eropah dan Asia. – Agensi

    Setentunya ramai peminat Westlife di seluruh dunia berasa gembira apabila mereka mengumumkan untuk bergabung semula. –Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda