Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    WFP beri amaran krisis kelaparan menjelang Aidil Adha di Afghanistan

    KABUL, 14 JUN – Pejabat Program Makanan Sedunia (WFP) Afghanistan memberi amaran hari ini mengenai krisis kelaparan menjelang Aidil Adha yang akan datang di Afghanistan.

     “Satu perempat daripada semua orang di Afghanistan tidur dalam keadaan lapar setiap petang,” kata WFP di platform media sosial X.

    Organisasi itu menyatakan bahawa ia memerlukan AS$650 juta dengan segera untuk meneruskan operasinya dalam tempoh enam bulan akan datang.

    Organisasi antarabangsa yang beroperasi di Afghanistan telah menyeru penderma global untuk meningkatkan sokongan sama ada secara tunai atau barangan terhadap negara yang dilanda perang itu, di tengah-tengah krisis pembiayaan sejak kerajaan sementara Afghanistan mengambil alih kuasa pada Ogos 2021. – Xinhua

    Seorang penjual Afghanistan yang membawa tin plastik berjalan di sepanjang jalan di daerah Fayzabad di wilayah Badakhshan pada 13 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda