Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    WhatsApp dedah wartawan India diintai

    NEW DELHI, 1 NOV – Platform media sosial milik Facebook dan aplikasi mesej bagi telefon pintar, WhatsApp, mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 24 rakyat India, termasuk wartawan, peguam dan aktivis hak asasi manusia telah diintai oleh perisian intip Israel pada Mei tahun ini.

    Menurut laporan akhbar harian berbahasa Inggeris The Indian Express, kesemua individu telah menjadi sasaran pengawasan oleh pengendali yang menggunakan perisian intip Israel dikenali sebagai Pegasus, lapor agensi berita China Xinhua. “Telefon pintar ditembusi melalui panggilan yang tidak dijawab sahaja,” katanya.

    Pendedahan itu dibuat susulan satu saman yang difailkan pada awal minggu ini di sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat di San Francisco, yang menyaksikan WhatsApp mendakwa Kumpulan NSO dari Israel telah menyasarkan kira-kira 1,400 pengguna WhatsApp di seluruh dunia dengan Pegasus.

    Satu mesej yang diterima oleh seorang wartawan terbabit daripada WhatsApp pada 29 Oktober berbunyi seperti berikut: “Pada Mei kami telah menghentikan satu serangan yang menyaksikan aktor siber maju mengeksploitasi panggilan video kami untuk memasang perisian hasad pada peranti pengguna.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda