WASHINGTON, 22 MEI – Syarikat induk WhatsApp Meta telah mengambil langkah untuk menarik perniagaan kepada aplikasi perbualan popularnya, sebahagian daripada usaha untuk mencari jalan baharu untuk memperoleh keuntungan selain menyasarkan periklanan di platform lain, Facebook dan Instagram.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan aplikasi peranti baharu itu, WhatsApp Cloud API baru-baru ini, yang membolehkan perniagaan menghantar pesanan dan berbual dengan pelanggan mereka dengan lebih mudah.
Zuckerberg menggelarnya ‘satu langkah penting untuk membantu perniagaan berhubung dengan orang dan membantu lebih ramai orang menghantar pesanan kepada perniagaan yang ingin disokong mereka, besar ataupun kecil.”
Syarikat itu, yang sebelumnya digelar Facebook, membeli WhatsApp pada 2014. Perkhidmatan itu, walaupun amat popular terutamanya di luar AS, masih gagal menjana sebarang pendapatan.
Zuckerberg bersetuju pada masa itu bahawa menyiarkan iklan di WhatsApp bukan cara yang betul untuk mengaut keuntungan.
CEO WhatsApp, Jan Koum, meninggalkan Facebook pada 2018 di tengah perselisihan dengan pengurusan Facebook berhubung isu syarikat induk untuk mendapatkan maklumat peribadi dan komitmen WhatsApp terhadap privasi pengguna. – AP