Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Whatsapp, Twitch mungkin dilarang untuk remaja di Australia

    SYDNEY, 24 SEPT – Syarikat teknologi termasuk WhatsApp dan Reddit serta gergasi penstriman Twitch dan firma permainan video Roblox berkemungkinan termasuk dalam lebih daripada sedozen laman web yang bakal ditambah ke dalam senarai larangan media sosial untuk golongan bawah 16 tahun di Australia, kata pengawal selia negara itu pada hari Rabu.

    Platform seperti Facebook, Snapchat, TikTok dan YouTube telah pun termasuk dalam larangan tersebut yang pertama seumpamanya di dunia.

    Namun, ketua Pesuruhjaya eKeselamatan Australia, Julie Inman Grant, telah menulis surat kepada 16 lagi syarikat untuk ‘menilai sendiri’ sama ada mereka tergolong di bawah skop larangan itu.

    Senarai itu turut merangkumi Pinterest serta Lego Play, syarikat penstriman Kick dan platform permainan Steam.

    Syarikat-syarikat ini perlu mengemukakan hujah sekiranya mereka percaya platform mereka harus dikecualikan daripada larangan tersebut, menurut penyiar kebangsaan ABC.

    Gambar Unsplash

    Inman Grant pula memberitahu rangkaian tersebut bahawa walaupun sesetengah kes adalah “agak jelas”, pengawal selia akan “memberikan proses sewajarnya”.

    Kita perlu mendengar semua pandangan mereka, dan seterusnya menambah, akan mula memberi tumpuan kepada platform dengan jumlah pengguna paling tinggi, di mana risiko bahaya adalah lebih besar.

    Australia telah menjadi peneraju dalam usaha global untuk mencegah bahaya dalam talian, namun undang-undang semasa hampir tidak memberikan perincian tentang bagaimana larangan itu akan dikuatkuasakan, ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar bahawa ia mungkin sekadar simbolik dan tidak dapat dikuatkuasakan.

    Sementara itu, Suruhanjaya eKeselamatan boleh mengenakan denda sehingga Aus $49.5 juta (AS$32.6 juta) terhadap syarikat media sosial yang gagal mematuhi peraturan tersebut.

    Syarikat media sosial telah menyifatkan undang-undang ini sebagai “kabur”, “bermasalah” dan “tergesa-gesa”.

    Canberra bergelut untuk menentukan dengan tepat bagaimana platform akan mengesahkan umur pengguna mereka.

    Bulan ini, Menteri Komunikasi Anika Wells mengakui bahawa syarikat-syarikat perlu mengawal selia diri mereka sendiri.

    Satu kajian bebas yang diarahkan oleh kerajaan Australia mendapati bahawa pemeriksaan umur boleh dilakukan secara “peribadi, cekap dan berkesan”, walaupun ia mengakui bahawa tiada satu pun penyelesaian yang sesuai untuk semua konteks.

    Pengawal selia itu juga telah memperkenalkan beberapa peraturan yang akan berkuat kuasa di Australia dalam bulan-bulan mendatang bagi melindungi kanak-kanak daripada kandungan “sah tetapi menjijikkan”, termasuk pornografi dalam talian dan chatbot AI yang mampu mengadakan perbualan berunsur seksual.

    Bulan ini, Roblox telah bersetuju untuk mengurangkan risiko orang dewasa yang cuba memikat kanak-kanak di platformnya di Australia.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda