Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wheels Over Heels sambut ulang tahun ke-3

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Kumpulan penggemar kereta wanita Brunei yang dikenali dengan nama Wheels Over Heels telah berhimpun bersama dengan meraikan sambutan ulang tahun ke-3 mereka di salah sebuah kafe di Kampung Jerudong, baru-baru ini.

    Acara berkenaan telah dianjurkan oleh Hajah Hamizah binti Haji Munawar dengan bantuan daripada Dayang Nurul Nazzerra binti Mohamad Faizal.

    Kemeriahan acara diserikan dengan sesi pemotongan kek dan menikmati juadah sambil menjalin keakraban sesama ahli kumpulan termasuklah beberapa orang ahli baharu.

    Sementara itu, sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan ice breaking dan beberapa permainan yang diketuai oleh Melissa Boyd.

    Sebelum mengakhiri acara, Hajah Hamizah turut menyampaikan ucapan penutup dengan merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas suasana ruang yang selesa, kopi yang lazat, dan lebih-lebih lagi rasa kehadiran yang begitu dialu-alukan.

    “Ruang ini bukan sahaja menjadi tempat, ia telah menjadi sebahagian daripada pengalaman dan ingatan kita,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Melissa juga berkata daripada keterujaan berkongsi perihal kereta pastinya ia membawa jiwa kegembiraan sekali gus dapat bertukar pandangan sehingga pertemuan bersama para ahli kumpulan itu benar-benar menjadi suatu kenangan yang sukar
    dilupakan.

    “Mari kekalkan semangat dan nantikan pemanduan kita seterusnya, cerita dan pertemuan kita seterusnya. Insya Allah, pandulah dengan selamat, kekal bersemangat, dan teruskan roda berputar,” tambahnya penuh kesyukuran.

    Pada acara itu turut menyaksikan sesi penyerahan plak sebagai tanda penghargaan kepada Dayang Ayesha Zaki selaku pemilik kafe berkenaan yang diserahkan oleh Melissa bagi mewakili pihak ahli kumpulan tersebut.

    Suasana semasa perhimpunan tersebut berlangsung. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Kumpulan Wheels Over Heels berhimpun semasa meraikan sambutan ulang tahun ke-3 di salah sebuah kafe di Kampung Jerudong. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda