Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘White Disaster’ dijual AS$85 juta

    NEW YORK, 17 NOV – Lukisan ikonik Andy Warhol ‘White Disaster’ dijual AS$85 juta pada pelelongan Sotheby’s di New York semalam.

    Lukisan tahun 1963 itu dijual selepas bidaan selama dua minit di antara dua pembida, dengan jumlah AS$74 juta, atau AS$85.4 juta termasuk semua kos berkaitan.

    Kali terakhir karya seni Warhol daripada siri ‘Death and Disaster’ dijual pada 2013, ia berjaya mencatat rekod untuk artis itu pada harga AS$105 juta.

    ‘White Disaster’ merupakan hasil kerja dakwat saring sutera dan grafit, yang menggambarkan imej hitam dan putih kemalangan kereta mengerikan 19 kali di kanvas setinggi 3.6 meter. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...