Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Whittingham meninggal dunia

    LONDON, 20 MAC – Bekas pemain tengah Aston Villa dan Cardiff, Peter Whittingham meninggal dunia semalam pada usia 35 tahun selepas jatuh secara tiba-tiba.

    Whittingham telah berada di hospital sejak mengalami kecederaan di kepala di sebuah restoran di bandar Barry pada 7 Mac.

    Dia dilaporkan jatuh dari tangga setelah menonton England menentang Wales dalam pertandingan Six Nations.

    Dalam satu kenyataan di laman web mereka, Cardiff berkata “kesedihan yang amat besar yang kita mesti memberitahu penyokong bahawa Peter Whittingham telah meninggal pada usia 35 tahun. Berita sedih ini telah mengejutkan kita semua.”

    Whittingham, bekas pemain England Bawah-21, memulakan kerjayanya di Villa dan memenangi Piala Remaja FA dengan mereka pada tahun 2002. – AFP

    Aksi Whittingham ketika perlawanan yang lalu. Berita pemergian Peter amat mengejutkan dan mencetuskan kesedihan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda