Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO beri amaran COVID-19 belum berakhir

    GENEVA, 23 SEPT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi memberi amaran terhadap sikap ambil mudah dalam memerangi COVID-19, menggesa supaya  penyelarasan tindakan dan komitmen politik dibuat bagi menyelamatkan nyawa serta mencegah kemerosotan ekonomi serta kesihatan akibat pandemik semasa.

    “Pandemik (COVID-19) belum berakhir, namun sudah nampak pengakhirannya… Dapat melihat penghujungnya tidak bermakna kita berada di penghujung,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat akhbar kelmarin, lapor Xinhua.

    Beliau berkata pandemik itu masih menyebabkan 10,000 kematian setiap minggu, kebanyakannya boleh dicegah, manakala jurang vaksinasi yang besar berlaku, terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

    “Ini bermakna semua orang perlu menggunakan, apabila perlu, alat mudah yang tersedia untuk kekal selamat, penjarakan sosial, pelitup muka serta pengudaraan. Ini bermakna semua orang memerlukan akses kepada alat perubatan untuk kekal selamat: vaksin, ujian dan rawatan,” katanya. – Bernama

    Seorang kakitangan kesihatan menjalankan ujian saringan ke atas penduduk di Chengdu, China. WHO sekali lagi memberi amaran bahawa pandemik belum berakhir, meskipun ia nampak berada di pengakhirannya. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda