WHO bimbang Sindrom Pasca COVID-19

GENEVA, 5 OGOS – Dengan hampir 200 juta orang dijangkiti COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata semalam ia amat bimbang dengan jumlah orang yang masih menderita daripada Sindrom Pasca COVID-19.

WHO menggesa orang yang bergelut dengan kesan virus berpanjangan, meskipun telah sembuh daripada fasa akut, supaya segera mendapatkan bantuan perubatan.

COVID-19 berpanjangan masih satu aspek pandemik yang paling bermisteri.

“Sindrom pasca COVID-19, atau Covid berpanjangan, adalah sesuatu yang amat membimbangkan,” beritahu Maria Van Kerkhove, ketua teknikal COVID-19 agensi kesihatan PBB, pada sidang media.

WHO ‘memastikan kami menyedarinya kerana ia adalah situasi benar.’ Beliau berkata mereka yang dijangkiti SARS-CoV-2 kebanyakannya menderita daripada kesan jangka panjang.’

Gambar fail menunjukkan logo Pertubuhan Kesihatan Sedunia di pintu masuk ibu pejabat di Geneva. WHO berkata semalam ia amat bimbang dengan jumlah orang yang mungkin masih menderita daripada Sindrom Pasca COVID-19. – AFP

“Kami tidak tahu berapa lama kesan tersebut akan hilang dan kami sedang berusaha memahami lebih baik sindrom pasca COVID-19 ini,” kata Van Kerkhove.

Beliau berkata WHO berusaha melaksanakan program penyembuhan untuk bekas pesakit COVID-19 selain penyelidikan lebih meluas untuk memahami lebih mendalam sindrom tersebut dan cara mengawalnya.

WHO telah mengadakan beberapa siri seminar pada tahun ini bertujuan meluaskan pemahaman keadaan pasca COVID-19, mendengar bukan sahaja dari saintis dan doktor tetapi juga daripada penghidap itu sendiri.

Tidak banyak yang diketahui sebab-sebab sesetengah orang, selepas melalui fasa akut, sukar untuk sembuh dan mengalami simptom berterusan termasuk sukar bernafas, amat letih dan keliru serta gangguan saraf dan jantung.

Lebih 200 simptom dilaporkan sehingga kini membabitkan sakit dada, kebas dan ruam. – AFP