Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO: Dunia belum lalui tahap terburuk COVID-19

    GENEVA, 30 JUN – Walaupun sudah enam bulan dunia dilanda wabak COVID-19, pandemik itu masih lagi mencapai kemuncaknya dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran bahawa tempoh paling buruk belum dilalui lagi.

    Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata enam bulan lalu tiada siapa dapat bayangkan bagaimana dunia dan kehidupan jadi terumbang-ambing akibat virus baharu itu.

    “Kita mahukan ia berakhir dan menjalani kehidupan seperti biasa, namun hakikatnya ia masih belum dapat ditamatkan, biarpun sesetengah negara dilihat bertambah baik, secara global pandemik ini masih lagi berleluasa.

    “Kita semua bersama sepanjang tempoh ini dan perlukan lebih banyak ketahanan, kesabaran, sifat kemanusiaan dan murah hati pada bulan-bulan akan datang.

    “Kita sudah banyak kehilangan, tetapi jangan sampai hilang harapan,” katanya dalam sidang video secara maya. Tambah beliau, pandemik itu secara tidak langsung menunjukkan sikap kemanusiaan sebenar, kebaikan dan solidariti, tetapi ada juga maklumat yang salah serta virus politik. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda