Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO gesa Indonesia tingkatkan ujian pcr

    JAKARTA, 14 JULAI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Indonesia menjalankan lebih banyak ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) kepada mereka yang disyaki dijangkiti COVID-19, berikutan lonjakan jumlah kematian dalam kalangan pesakit di bawah pengawasan dan pemerhatian, lapor agensi berita Xinhua.

    Pertubuhan itu menghargai usaha Indonesia meningkatkan jumlah ujian itu, tetapi hanya kepada pesakit positif COVID-19, memetik laman web Detik.com kelmarin.

    “Indonesia mencatatkan angka korban sangat tinggi membabitkan pesakit di bawah pengawasan dan pemantauan. Oleh itu, ujian PCR harus diutamakan untuk mereka berbanding ujian susulan pesakit yang sudah discaj (dari hospital),” menurut WHO. Pada 27 Mei, WHO mengemas kini garis panduan pengurusan klinikal COVID-19 serta mengkaji semula kriteria untuk pesakit pulih. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda