Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO gesa semua negara perkukuh kawalan terhadap tembakau

    JAKARTA, 31 MEI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru semua negara, termasuk di rantau Asia Tenggara, mengambil tindakan segera dan berterusan bagi memperkukuh kawalan tembakau.

    Pengarah Serantau WHO bagi Asia Tenggara Dr Poonam Khetrapal Singh berkata kesan buruk tembakau terhadap kesihatan dan kesejahteraan, serta alam sekitar sudah diketahui umum.

    “Kita perlu memperkukuh langkah kawalan tembakau yang sedia ada termasuk mekanisme perundangan dan kawal selia, serta perkhidmatan berhenti merokok, terutamanya di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau menegaskan setiap negara juga perlu melaksanakan langkah berimpak tinggi, berasaskan bukti dan kos efektif seperti digariskan dalam Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau dan pakej MPOWER, supaya permintaan dan bekalan terhadap tembakau dapat dikurangkan.

    MPOWER adalah pakej dasar yang bertujuan membantu pelaksanaan intervensi secara berkesan di peringkat nasional bagi mengurangkan permintaan terhadap tembakau.

    Sempena “Hari Tanpa Tembakau Sedunia”, Dr Khetrapal menekankan kira-kira 198 juta orang di rantau ini merokok, 266 juta menggunakan rokok elektronik (vape) dan 1.6 juta orang maut akibat penyakit yang berkaitan tembakau setiap tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda