Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO: Guru-guru harus menjadi kumpulan utama suntikan vaksin

    COPENHAGEN, 30 OGOS – Guru-guru dan kakitangan sekolah seharusnya menjadi kumpulan yang diutamakan bagi pemvaksinan COVID-19, oleh itu sekolah-sekolah di Eropah dan Asia Tengah boleh kekal dibuka, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Unicef hari ini.

    Langkah-langkah untuk memastikan sekolah-sekolah kekal terbuka semasa pandemik ‘termasuk menawarkan guru-guru dan kakitangan sekolah lainnya vaksin COVID-19 sebagai sebahagian daripada kumpulan sasaran penduduk dalam pelan vaksinasi negara,” kata agensi PBB itu dalam satu kenyataan.

    Saranan itu sudah pun dibuat oleh sekumpulan pakar WHO pada November 2020 sebelum kempen vaksinasi, seharusnya dibuat ‘selain memastikan vaksinasi golongan rentan,’ menurut kenyataan.

    Ketika sekolah mula dibuka semula selepas cuti musim panas, agensi-agensi itu berkata ia adalah ‘penting pembelajaran dalam bilik darjah tidak terjejas,” meskipun adanya penularan varian Delta.

    “Ini adalah kepentingan paling utama bagi pendidikan kanak-kanak, kesihatan mental dan kemahiran sosial, bagi sekolah-sekolah untuk membantu melengkapi kanak-kanak kami untuk menjadi anggota masyarakat yang lebih gembira dan produktif,” kata pengarah rantau WHO Eropah, Hans Kluge dalam satu kenyataan.

    “Pandemik telah menyebabkan gangguan besar kepada pendidikan dalam sejarah ini,” tambahnya.

    Agensi-agensi itu turut menggesa negara-negara untuk memvaksin kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas yang mempunyai masalah penyakit sedia ada yang boleh memberi mereka risiko lebih teruk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda