Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO hantar 32,400 lagi kit ujian ke Yaman

    MOSCOW, 28 MEI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menghantar 32,400 kit ujian COVID-19 untuk Yaman dalam usaha membantu negara ini memerangi wabak maut itu, kata wakil WHO di Yaman, Altaf Musani dalam temu bual dengan Sputnik.

    Menurut Musani, sistem kesihatan Yaman tidak mempunyai kelengkapan perlindungan diri mencukupi termasuk kekurangan penutup mulut dan hidung.

    “Setakat ini, WHO menyumbang 157 buah ventilator dan 8,400 kit ujian dan tambahan sebanyak 32,400 lagi dijadual tiba dalam beberapa minggu lagi,” kata Musani. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda