Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO: Kadar kematian akibat malaria kembali ke tahap pra-COVID

    GENEVA, 11 DIS – Kematian akibat malaria telah kembali ke tahap yang dilihat sebelum krisis COVID-19, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini, tetapi menggesa kemajuan yang lebih pesat untuk menangani penyakit yang membunuh hampir 597,000 orang tahun lalu.

    Dalam laporan baharu, WHO menganggarkan terdapat 263 juta kes malaria di seluruh dunia pada 2023 – 11 juta lebih berbanding setahun sebelumnya – manakala jumlah kematian kekal stabil.

    Tetapi dari segi kadar kematian, “Ia telah kembali kepada angka pra-pandemik”, beritahu Arnaud Le Menach, dari Program Malaria Global WHO, kepada wartawan.

    Pada tahun 2020, gangguan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 membawa kepada peningkatan mendadak dalam kematian berkaitan malaria, dengan tambahan 55,000 kematian dikira pada tahun itu.

    Sejak itu, jumlah kematian akibat malaria, yang disebabkan oleh parasit bawaan nyamuk, telah beransur-ansur berkurangan, begitu juga dengan kadar kematian.

    Anggaran kadar kematian 2023 di Afrika sebanyak 52.4 kematian bagi setiap 100,000 penduduk berisiko sementara itu masih kekal lebih dua kali ganda daripada tahap sasaran yang ditetapkan oleh strategi global untuk memerangi malaria hingga 2030, kata WHO. – AFP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda