WHO kaji semula pandemik

GENEVA, 31 JULAI – Enam bulan selepas mengeluarkan amaran berhubung wabak koronavirus, jawatankuasa kecemasan WHO bertemu untuk kali keempat hari ini untuk menilai pandemik yang melanda dunia.

Kumpulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, terdiri daripada 20 anggota dan penasihat, boleh mencadangkan saranan baharu atau meminda cadangan yang ada sekarang.

Bagaimanapun, tidak timbulnya keraguan WHO akan mengekalkan status pandemik sebagai darurat kesihatan awam antarabangsa (PHEIC) – tahap amaran tertinggi.

Sekurang-kurangnya 17 juta orang telah dijangkiti virus itu, lebih 660,000 maut dan jangkitan masih lagi berleluasa.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus telah menekankan agensi kesihatan PBB telah mengisytiharkan darurat kesihatan awam peringkat tertinggi pada 30 Januari, apabila kurang 100 kes dicatat dan tidak ada kematian di luar China, di mana virus pertama muncul.

WHO telah dikritik mengenai tempoh masa yang diambilnya untuk mengisytiharkan PHEIC.

Agensi itu juga dikritik atas cadangan yang dianggap lewat atau bercanggahan, terutamanya mengenai pemakaian penutup mulut dan hidung, atau mod penyebaran virus. – AFP