NEW DELHI, 6 OKT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran global terhadap empat ubat pediatrik keluaran syarikat India selepas ia disyaki menyebabkan kematian kanak-kanak di Afrika Barat.
Empat produk yang dikenal pasti itu ialah: Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.
Menurut WHO, pengeluar produk itu ialah Maiden Pharmaceuticals Limited di negeri Haryana, India.
“Sehingga kini pengeluar yang dinyatakan tidak memberikan jaminan kepada WHO mengenai keselamatan dan kualiti produk ini.
“Analisis sampel makmal bagi setiap empat produk mengesahkan ia mengandungi jumlah dietilena glikol dan etilena glikol berlebihan,” menurut WHO kelmarin. – Bernama